suria

Polis tahan 17 orang termasuk ketua sindiket ke pengedar dadah

KULIM: Polis percaya dapat melumpuhkan satu rangkaian pengedar dadah di Selatan Kedah dan Seberang Perai setelah berjaya menahan 17 orang termasuk sepasang suami isteri dipercayai ketua sindiket itu dalam beberapa serbuan di sini dan Sg. Kob hari ini.

Dalam serbuan diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kulim ASP Wan Zulkifli Sahabaluddin itu, polis menjumpai sepucuk pistol semi automatik Jenis Walter bersama tiga butir peluru, wang tunai RM11,700, 90 biji pil Eramin 5, empat peket lutsinar mengandungi dadah dipercayai syabu, 30 pil Estascy, 18 buah telefon bimbit dan alat pelekat bungkusan.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt. Ghuzlan Salleh berkata, polis turut merampas empat buah kereta bernilai RM100,000 dalam serbuan ke atas lima buah rumah iaitu empat di Taman Mutiara, Sg.Kob, dan sebuah di Taman Berangan di sini pada kirakira pukul 10.30 pagi.

"Dalam serbuan di empat buah rumah di Sg.Kob polis berjaya menahan 15 orang termasuk dua dipercayai pengedar dan sepasang suami isteri dipercayai menjadi perancang utama sindiket itu.

"Mereka membawa polis ke penemuan wang tunai dan senjati api, di sebuah rumah di sini," jelas Ghuzlan pada sidang media di sini.

Beliau berkata 15 suspek yang ditahan itu termasuk dua perempuan berusia lengkongan 20an, sementara ketua sindiket dan isterinya pula berusia dalam lengkongan 40an dan kini ditahan reman.

Beliau berkata lelaki yang dipercayai ketua sindiket berkenaan adalah orang tempatan dan mempunyai rekod positif dadah.

Katanya, empat buah kereta yang dirampas itu dipercaya kenderaan curi kerana nombor enjin dan casis kereta berkenaan telah diubah.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain