suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Kelantan perlu buat perubahan

KOTA BHARU: Umno Kelantan perlu membuat perubahan untuk menghadapi pilihan raya umum ke13 agar berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata berdasarkan rekod pilihan raya umum lepas, rakyat Kelantan pernah memberikan sokongan kepada Umno terutama pada 2004.

"Dalam pilihan raya umum 1999 Umno mendapat 38 peratus sokongan manakala pada 2004 Umno mendapat 49 peratus.

"Adalah tidak mustahil kemenangan akan berpihak kepada Umno pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika berucap pada majlis pertemuan dengan bahagian penerangan Umno di sini malam tadi.

Berdasarkan fakta itu jentera Umno Kelantan harus digerakkan untuk mendekati rakyat, tambah beliau.

Ahmad yang juga Timbalan di Jabatan Perdana Menteri juga berkata jentera parti perlu menerangkan kepada rakyat perkara sebenar terhadap fitnah yang dilemparkan kepada pemimpin Umno. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain