suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

600 pendatang tanpa izin ditahan di Tawau

TAWAU: Kira-kira 600 pendatang tanpa izin ditahan di daerah ini dalam operasi bersepadu selama dua hari yang berakhir pukul 11 malam semalam.

Ketua Operasi Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam, ASP Mohd Sabri Zainol berkata mereka ditahan di kawasan setinggan, rumah kongsi dan rumah sewa.

Mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah atau dokumen pengenalan diri, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sabri mengingatkan tuan rumah agar tidak menyewakan rumah mereka kepada pendatang asing tanpa izin kerana mereka boleh didakwa atas kesalahan melindungi warga asing tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain