suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ADUN BN buat laporan dakwa Sivakumar salah guna kuasa

IPOH: Seramai 27 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Barisan Nasional (BN) bersama tiga ADUN Bebas membuat laporan polis hari ini terhadap bekas Speaker, V.Sivakumar yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa berhubung kekecohan yang berlaku semasa persidangan Dewan 7 Mei lepas.

Kesemua mereka yang menaiki sebuah bas kerajaan negeri tiba di Balai Polis Sungai Senam di sini pada pukul 2.15 petang untuk membuat laporan mereka.

Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman berkata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijangka membuat laporan serupa esok.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain