suria

Baju Hitam: Aktivis Bersih ditahan reman tiga hari

PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang menunjukkan gambar beliau bersama aktivis Bersih yang ditahan reman, Wong Chin Huat ketika melawat Wong di Mahkamah Kuala Lumpur di sini, tengah hari tadi --foto THE STAR oleh Abdul Rahman Senin
PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang menunjukkan gambar beliau bersama aktivis Bersih yang ditahan reman, Wong Chin Huat ketika melawat Wong di Mahkamah Kuala Lumpur di sini, tengah hari tadi --foto THE STAR oleh Abdul Rahman Senin
PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang menunjukkan gambar beliau bersama aktivis Bersih yang ditahan reman, Wong Chin Huat ketika melawat Wong di Mahkamah Kuala Lumpur di sini, tengah hari tadi --foto THE STAR oleh Abdul Rahman Senin

IPOH: Salah seorang aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, yang dipercayai terlibat dalam gerakan baju hitam menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Perak esok, direman tiga hari sehingga Jumaat ini. Perintah reman itu yang sepatutnya berakhir petang ini disambung hingga Jumaat.

Tengah hari tadi mahkamah membenarkan Wong yang ditahan di bawah Akta Hasutan malam tadi dikeluarkan perintah tahanan reman selama sehari dan ia sepatutnya berakhir petang ini.

Bagaimanapun ia disambung dua hari lagi, kata salah seorang peguamnya, Amer Hamzah Arshad ketika dihubungi mStar Online.

Kata Amer, kira-kira pukul 5 petang tadi polis memohon agar perintah reman terhadap Wong disambung tiga hari lagi.

"Kami membantah kedua-dua permohonan reman sebelah tengah hari tadi dan petang tadi tetapi mahkamah membenarkan dua hari sehingga Jumaat," katanya.

Awalnya polis memohon reman empat tetapi dibenarkan sehari sahaja.

Beliau berkata, Wong ditahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan berhubung satu artikel berkaitan dengan gerakan baju hitam sempena sidang DUN esok.

"Kami berhujah bahawa kes ini boleh disiasat tanpa ditahan reman," katanya.

Ketika dihubungi pagi tadi, seorang lagi peguamnya, Edmund Bon berkata, pihaknya akan berhujah membantah tahanan reman ke atas Wong.

Semalam Bon berkata, anak guamannya itu ditahan kira-kira pukul 7.45 malam tadi di rumahnya di Kuala Lumpur.

"Saya dimaklumkan dia ditahan mengikut Akta Hasutan tetapi jenis kesalahan tidak diketahui. Wong telah dibawa ke Bukit Aman (untuk siasatan)," kata beliau.

Difahamkan polis bertindak atas aduan yang dibuat terhadap Wong.

Polis juga telah merampas komputer milik Wong yang juga penulis bebas dan ahli akademik pusat pengajian tinggi swasta.

Sementara itu semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman (JSJK), Datuk Koh Hong Sun mengesahkan Wong ditahan untuk membantu siasatan.

"Kami akan menyoal siasat (Wong) untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya.

Wong dipercayai telah dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Perdana.

Penahanan Wong dipercayai berkaitan dengan satu sidang media yang telah diadakan oleh Bersih semalam.

Bersih dipercayai merancang untuk mengadakan perhimpunan protes baju hitam menjelang sidang DUN Perak yang bermula esok.

Ia merupakan sidang pertama sejak tercetusnya krisis politik Perak Februari lalu.

Krisis itu membawa peralihan kuasa daripada Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.

Artikel Lain