Eric Chia tarik saman fitnah terhadap Guan Eng - Semasa | mStar

Eric Chia tarik saman fitnah terhadap Guan Eng

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan oleh mendiang Tan Sri Eric Chia Eng Hock untuk menarik balik saman fitnah terhadap setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Norazlin Othman membuat keputusan itu selepas Chia menerusi peguamnya Jega Kumar & Associates pada 22 April memfail notis pemberhentian saman itu.

Peguam Guan Eng, Sangeet Kaur Deo bila ditanya oleh media berkata, keputusan itu dibuat tanpa perintah mengenai kos. Sangeet berkata peguam Chia tidak hadir pada hari ini.

Chia memfail saman itu pada 2 Jan, 2002, dengan mendakwa bahawa Guan Eng menggambarkan beliau sebagai perasuah dan tidak layak berkhidmat dengan syarikat, dalam satu laporan berjudul "First Report On Financial Malpractices, Abuse Of Power, Corruption And Fraud In Perwaja Terengganu Sdn Bhd (Perwaja)" dibuat di Balai Polis Sentul pada 11 April, 1996.

Chia, dalam kenyataan tuntutannya berkata laporan itu menjejas dengan teruk reputasinya sebagai seorang ahli perniagaan terkenal dan memohon ganti rugi am dan teruk dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Pada 24 Jun, 2008, bekas pengarah urusan Perwaja itu, meninggal dalam tidur di bilik persendiriannya di Park Avenue Hotel, di Sungai Petani, Kedah, yang dimiliki oleh beliau pada usia 75.

Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dalam kenyataan bela diri yang difailkan pada 1 Mac, 2002, berkata beliau berpegang kepada perlindungan bersyarat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain