Wanita Umno Kedah mahu muzakarah dengan MB - Semasa | mStar

Wanita Umno Kedah mahu muzakarah dengan MB

ALOR SETAR: Pergerakan Wanita Umno Kedah bercadang untuk bertemu dan bermuzakarah dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi berbincang mengenai isu-isu pembangunan wanita di negeri ini.

Ketuanya, Datuk Maznah Abdul Hamid berkata Wanita Umno Kedah akan memberi tumpuan mengenai isu-isu perundangan dan ekonomi wanita sebagai agenda kepimpinan baru.

Katanya beliau bersama barisan Jawatankuasa Wanita Umno yang baru bersedia untuk berbincang secara terbuka dengan kerajaan negeri pimpinan PAS itu demi kepentingan kaum wanita di Kedah.

"Saya rasa tidak ada masalah untuk saya bertemu Datuk Seri Azizan kerana perjumpaan itu demi kesejahteraan ekonomi rakyat secara amnya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat wanita Umno negeri di sini.

Katanya Wanita Umno juga akan mempertingkatkan aktiviti kebajikan dan usaha peningkatan taraf hidup serta melayan dan mengambil tindakan terhadap aduan awam.

"Kita juga akan membuka klinik pengaduan awam dan pengerusi biro akan dilantik untuk menyelesaikan aduan awam," katanya.

Maznah juga berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan pimpinan wanita daripada parti komponen Barisan Nasional untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh partiparti berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiada sengketa antara Nik Aziz-Hadi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain