suria

APMM tahan dua bot dan 42 nelayan Vietnam

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot laut dalam dan 42 tekong serta awakawak dari Vietnam secara berasingan kerana mencerobah dan menangkap ikan di perairan negara semalam.

Pengarah Operasi Maritim D10, Tok Bali, Komander Rozali Mohd Said berkata bot pertama di tahan ketika sedang menangkap ikan dengan menggunakan pukat jerut berhampiran Pelantar Minyak Kekwa iaitu 110 batu nautika dari Tok Bali pukul 8.15 pagi

"Bot kedua ditahan 8 batu nautika berhampiran Pelantar Minyak Saroja, sejurus penahanan kapal pertama," katanya kepada pemberita di Pangkalan APMM Tok Bali, di sini, hari ini.

Rozali berkata kesemua rampasan itu termasuk bot, jaring, ikan dan peralatan dianggarkan berjumlah RM750,000.

"Manakala rampasan ikan yang dianggarkan lima tan akan dilelong kepada nelayan tempatan," katanya.

Beliau berkata penahanan itu dibuat dibawah Op Perkasa Timur Siri 34/09 yang membabitkan kapal peronda Km Amanah yang diketuai oleh Lt Kdr Maritim Romli Mustafa bersama 21 anak kapal.

Beliau berkata mereka akan ditahan remen di Balai Polis Daerah Machang sementara menunggu untuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Puteh dalam tempoh seminggu di bawah Akta Perikanan 1985.

Katanya mereka akan didakwa dibawah Seksyen 15(1)(a), jika disabit kesalahan boleh didenda maksima RM1 juta atau 6 bulan penjara bagi tekong dan RM100,000 atau 6 bulan penjara bagi awak-awak atau kedua-dua sekali. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain