suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Unit saham ASW 2020 mula dijual hari ini

PETALING JAYA: Permodalan Nasional Bhd (PNB) menawarkan 2 bilion unit saham Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) mulai hari ini.

Unit-unit saham ini akan dijual di semua 1,500 ejen dan pejabat Amanah Saham Nasional Bhd di seluruh negara.

PNB juga telah menawarkan 3.3 bilion unit baru Amanah Saham Malaysia (ASM) bermula minggu lalu.

Pada 20 April, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan mengenai penjualan amanah saham tersebut.

Pengumuman tawaran unit baru itu, yang akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menyertai pasaran modal, dibuat semasa Perdana Menteri merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 (MSAM 2009).

MSAM 2009 yang menjadi satu acara tahunan, diadakan sebagai usaha mempertingkat kesedaran serta kefahaman mengenai pelaburan dan kepentingan merancang kewangan.

Kedua-dua tawaran tambahan itu akan dikenakan had langganan maksimum 20,000 unit setiap pelabur.

Artikel Lain