suria

Teresa Kok kahwin Sankaran Nair? - Jenaka April Fool

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menyifatkan mesej pada laman blog Facebook pagi ini yang membayangkan beliau bakal berkahwin dengan peguam, Sankaran Nair tidak lebih dari satu jenaka April Fool.

Mesej awal pada blognya di Facebook tertera, "Teresa is Luving' although her marriage plans have as many combinations as a McDonald's menu yang berbunyi (Teresa adalah pengasih walaupun rancangan perkahwinannya mempunyai pelbagai kombinasi seperti menu McDonald)."

Umum mengetahui Teresa sudah lama berkawan rapat dengan peguam tersebut.

Namun desas desus sejauh mana perhubungan pasangan ini tidak pernah diberi perhatian sebelum ini kerana pihak media lebih memberi fokus kepada karier mereka.

Menerusi entri terbaru dalam laman tersebut, Teresa menafikan kesahihan gosip tersebut setelah menerima panggilan telefon daripada ramai wartawan menanyakan isu tersebut.

"Ia hanya gurauan 'April Fool," tulis entri tersebut.

Artikel Lain