suria

Abdullah percaya ada kesinambungan dalam pentadbiran Najib

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau yakin Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus melaksanakan idea dan program yang diusahakan semasa pemerintahan beliau apabila timbalannya mengambil alih sebagai Perdana Menteri Keenam Malaysia.

"Beliau akan meneruskan (dengan projekprojek)... Saya percaya (demikian)... Berdasarkan kepada asas kepercayaan bahawa jika anda melakukan sesuatu yang baik, kalau diteruskan akan membawa kebaikan yang bertambah. Saya tidak nama sebarang alasan kenapa ia perlu dihentikan," kata Abdullah sebelum meraikan editoreditor akhbar arus perdana pada satu jamuan tengah hari di Sri Perdana di sini.

Beliau berkata ini termasuklah pelbagai projek pembangunan koridor wilayah serta konsep Islam Hadhari.

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, Najib mungkin melihat adalah wajar untuk melakukan pengubahsuaian program apabila diperlukan.

Ditanya sama ada beliau akan berasa marah jika apa yang telah beliau rancang dan laksanakan tidak diteruskan oleh Najib seperti mana yang berlaku kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini, Abdullah berkata:

"Tak de lah, Saya tak reti marah. Saya tak akan akan (marah)".

Abdullah berkata beliau meluangkan masa berjamjam berbincang dengan Najib mengenai banyak perkara mengenai negara sebagaimana yang beliau pernah lakukan semasa dengan Dr Mahathir sebelum ini.

Perdana Menteri berkata beliau tidak akan mengkritik Najib dan akan memberi sokongan penuh kepada Najib kerana beliau sendiri mempunyai peranan untuk dilakukan sebagai Anggota Parlimen.

Ditanya apakah peranan beliau selepas bersara, Abdullah berkata adalah lebih baik bagi Najib membuat pengumuman berkenaan.

Mengenai tarikh sebenar penyerahan kuasa tampuk kepimpinan negara, Perdana Menteri berkata beliau tidak akan menyatakan apaapa sehingga beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pada Khamis.

Ditanya sama ada beliau berasa tidak mempunyai waktu mencukupi bagi melaksanakan kesemua program yang diusahakannya dalam tempoh enam tahun memegang jawatan Perdana Menteri, Abdullah berkata manifesto pilihan raya umum 2004 mengandungi inisiatif-inisiatif ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

Abdullah, bagaimanapun, berkata beliau tidak berhasrat untuk memegang jawatan lebih daripada dua penggal atau keseluruhan tempoh sehingga 2020 dan berada dalam satu kedudukan untuk mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

"(Namun) Saya mengharapkan kesinambungan (dalam) kebanyakan perkara yang telah saya mulakan," kata beliau.

Satu laporan mengenai inisiatif dan pencapaian kerajaan dari November 2003 hingga Mac 2009 yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri diedarkan kepada media selepas majlis berkenaan.

Abdullah terkejut ketika ditanya mengenai rancangannya untuk tinggal dalam kediaman suasana kampung yang dilengkapi perigi selepas beliau bersara.

"Mana anda tahu, ada lah perigi tapi perigi tu tak dalam," katanya.

Abdullah juga menyifatkan keputusan pilihan raya umum 2004 dan 2008, masingmasing sebagai satu pencapaian cemerlang dan terburuk beliau.

Abdullah, selaku Pengerusi Barisan Nasional, mengetuai parti pemerintah mencapai kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum Mac 2004 selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kelima Malaysia pada Oktober 2003, apabila menang besar di 199 daripada 219 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, parti pemerintah buat pertama kali dalam tempoh 39 tahun kehilangan kemenangan dua pertiga di Parlimen pada Mac tahun lepas dan hilang kuasa memerintah di empat negeri.

Ditanya apakah hubungannya dengan Dr Mahathir boleh menjadi lebih baik jika kerajaan tidak membatalkan rancangan untuk membina "jambatan bengkok" bagi menggantikan Tambak Johor, Abdullah berkata beliau tidak mempunyai pandangan seumpamanya sebelum keputusan dibuat bagi menghentikan projek berkenaan.

"Kami perlu menimbangkannya.. Saya tidak mempunyai prasangka sedemikian mengenainya ... bahawa saya akan menghentikannya. BERNAMA

Artikel Lain