suria

Umno mesti berubah - Najib

GARIS VISI... Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Timbalan Presiden UMNO ketika berucap merasmikan serentak persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi. Beliau antara lain meminta orang Melayu kembali kepada ajaran Islam dan tidak terjebak kepada budaya fitnah memfitnah yang semakin menghimpit perpaduan kaum itu sejak kebelakangan ini. Perhimpunan itu, yang berlangsung sehingga 28 Mac ini, menyaksikan 4,885 perwakilan memilih 267 calon yang bertanding merebut pelbagai jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO dan Wanita, Pemuda dan Puteri. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang bakal menerajui Umno minggu ini, malam tadi menggariskan visi beliau bahawa ahli-ahli Umno perlu melakukan perubahan dan pembaharuan komprehensif bagi membolehkan ia kekal relevan sebagai parti pilihan penting orang Melayu dan rakyat negara ini.

Berucap merasmikan secara serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, yang pertama selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008, beliau memberi amaran Umno akan kehilangan sokongan sekiranya ia tidak melakukan perubahan.

Ucapan beliau itu yang bertemakan Menakhoda Zaman merupakan terakhir selaku Timbalan Presiden Umno, malah dilihat sebagai bayang-bayang awal tentang visi kepimpinannya apabila menerajui Umno mulai minggu ini secara rasmi.

Najib akan menerima tampuk kepimpinan daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden Umno.

"Berubahlah, jika tidak, kita rebah," kata beliau.

Najib yang juga Timbalan Perdana Menteri menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh parti itu iaitu mengubah cara Umno menentukan pemimpin dan sekaligus membendung masalah politik wang dan mengemaskini pendidikan dan pengkaderan politik untuk anggota-anggota.

Umno, katanya, perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar agar pemilihan parti lebih mencerminkan hasrat lebih tiga juta anggotanya di peringkat akar umbi.

"Situasi hari ini menuntut Umno sebagai wahana perdana politik orang Melayu agar memperbetulkan kembali visi dan hala tujunya, sekali gus mengenal pasti langkah-langkah bugar untuk mentransformasi Umno supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu," katanya.

Malah Najib juga meminta para perwakilan Umno memberinya "satu pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan lagi berdedikasi."

"Safkanlah kepada saya sekumpulan pimpinan yang ampuh dan padu," katanya.

Justeru kata beliau, tanggungjawab para perwakilan pada tahun ini adalah yang paling berat dalam sejarah Umno berbanding sebelum ini kerana yang menjadi pertaruhan kali ini bukan hanya sejumlah jawatan, kedudukan atau status bagi manamana individu.

"Yang dipertaruhkan sebenarnya ialah survival Umno itu sendiri. Keputusan yang bakal kita ambil sepanjang persidangan kali ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah," katanya.

Najib juga berkata, Umno memerlukan "barisan pemimpin yang berupaya lagi mengupayakan; pemimpin yang berani berubah dan sanggup menerima perubahan; yang berani menegur dan terbuka pula menerima teguran".

Najib turut melahirkan harapannya agar permuafakatan yang wujud dalam parti diteruskan apabila beliau memegang jawatan presiden nanti.

"Saya juga percaya sokongan yang seumpamanya jua akan diberikan kepada Timbalan Presiden Umno baru yang bakal dipilih kelak.

"Dengan penuh semangat saya yakin bahawa, jika kita semua terus bersatu dan berganding bahu, yang berat akan tetap mampu dipikul, yang ringan dapat pula dijinjing bersama menakhoda zaman," katanya.

Intipati ucapan Najib:

- Tugas perwakilan Umno kali ini adalah yang paling berat dalam sejarah Umno kerana pemilihan kali ini bukan hanya mempertaruhkan sejumlah jawatan, kedudukan dan status individu tetapi survival Umno itu sendiri

- Keputusan yang akan dibuat oleh para perwakilan Umno kali ini akan menentukan masa depan parti sama ada akan terus mencipta dan melakar sejarah ataupun menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah

- Ahli Umno tidak harus apologetik dalam berhadapan dengan retorik dan tohmahan parti-parti pembangkang

- Ahli Umno perlu berpijak di bumi nyata dan tidak terus bernostalgia dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan baru

- Ahli Umno mestilah menghapuskan politik wang sehingga ke akar umbi dan jika tidak, mereka akan samasama bertanggungjawab untuk mengkafan dan menguburkan parti itu

- Umno perlu hentikan amalan jelek cantas mencantas serta menyekat manamana pihak supaya tidak dilihat sebagai parti yang anti idea baru, anti orang cerdik pandai atau parti yang tidak mesra dengan orang muda

- Situasi hari ini menuntut Umno memperbetulkan kembali visi dan hala tujunya, sekali gus, mengenal pasti langkah-langkah bugar untuk mentransformasi parti itu supaya kembali menjadi parti pilihan orang Melayu

- Umno perlu mengkaji semula perlembagaan parti daripada aspek proses pemilihan kepimpinan parti bagi memastikan lebih ramai ahli dari semua peringkat dapat menyertainya, sebagai salah satu langkah membendung politik wang

- Umno perlu pemimpin yang ampuh dan padu serta pasukan yang setia, berintegriti, berkebolehan dan berdedikasi

Artikel Berikut

Artikel Lain