suria

Perintah halang Aussino guna perisian tanpa lesen

KUALA LUMPUR: Satu perintah penghakiman ringkas dibuat terhadap Aussino Malaysia Sdn Bhd oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 10 Feb lepas, kerana melanggar hakcipta milik Adobe Systems Incorp.

Adobe merupakan anggota Business Software Alliance (BSA), organisasi khas untuk menggalakkan dunia digital perundangan dan selamat.

Perintah itu antara lain melibatkan injunksi tetap terhadap Aussino daripada melanggar hakcipta Adobe dalam perisian Illustrator and Photoshop, kerugian yang akan dinilai, kos perundangan dan faedah, demikian menurut BSA dalam satu kenyataan hari ini.

Aussino, yang menjual perkakasan keperluan bilik tidur dan rumah, boleh merayu terhadap perintah penghakiman ringkas itu, kata BSA.

Aussino sebelum ini pada 2007 mengaku bersalah kepada tuduhan jenayah yang dikemukakan terhadapnya oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Ia kemudiannya disabitkan kesalahan dan didenda RM80,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen Harta Intelek Kuala Lumpur pada 8 Ogos, 2007, kerana memiliki, selain daripada kegunaan persendirian dan domestik, lapan pelanggaran salinan perisian Adobe.

BSA berkata ia akan terus menawarkan ganjaran sehingga RM20,000 untuk sebarang maklumat yang membawa kepada kejayaan tindakan penguatkuasaan terhadap sesiapa sahaja atau manamana syarikat kerana menggunakan perisian tanpa lesen di tempat kerja.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian Anti cetak rompak BSA di talian 1-800-88-78-00 atau melawat laman web BSA di www.bsa.org/malaysia. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia