suria

Sindiket ambil pelayan wanita asing tumpas

LABUAN: Polis menumpaskan sindiket yang terbabit dalam pengambilan wanita asing untuk bekerja sebagai pelayan dengan tertangkapnya seorang pengurus pub dan 20 wanita Filipina di sebuah pub di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Labuan Supt Saiman Kasran berkata kepada Bernama hari ini, semua wanita dan pengurus itu kini ditahan reman untuk membantu siasatan.

"Wanita berkenaan ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah atau permit kerja manakala pengurus itu disiasat kerana disyaki menyeludup manusia," katanya.

Selain 20 wanita itu, lapan penduduk tempatan dipercayai pelanggan pub itu dan tujuh kakitangan pub yang juga warga tempatan turut ditahan tetapi kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis, katanya.

Saiman berkata polis akan meneruskan operasi membanteras penyeludupan manusia di pulau ini, yang akhirakhir ini dibanjiri ekspatriat yang berkhidmat dalam industri minyak dan gas.BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain