suria

Dakwaan umpan politik, Pemuda PKR buat laporan

PETALING JAYA: Angkatan Muda KeADILan (AMK) membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan akuan Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda, yang ditawarkan RM50 juta bagi menarik ADUN Perak menyertai Barisan Nasional.

Laporan berkenaan dibuat oleh Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya tengah hari ini.

Shamsul berkata, akuan yang dibuat oleh Fauzi adalah sesuatu yang serius, dan menurutnya laporan yang dibuat ini haruslah disiasat oleh SPRM.

"Dalam akuan yang dibuat oleh Fauzi, ini disebutkan secara terperinci bahawa (Datuk Seri) Najib Razak terlibat dalam dalam urusan ini," kata Shamsul.

Di Ipoh semalam, Fauzi mendakwa bahawa Timbalan Presiden Umno, Najib telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti.

Menurut akuanya, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain