suria

Perompak kedai emas hanya mampu larikan seutas rantai

KANGAR: Sekumpulan empat perompak termasuk seorang wanita bersenjatakan parang berputih mata apabila hanya sempat melarikan seutas rantai emas ketika merompak sebuah kedai emas di pekan Simpang Empat dekat sini, hari ini.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, ASP Tarmizi Yaacob berkata kejadian berlaku kirakira pukul 2 petang apabila salah seorang perompak memasuki kedai itu manakala tiga lagi termasuk serang wanita menunggu di luar pemis itu.

Menurutnya salah seorang perompak itu yang berada di dalam premis berpura-pura untuk membeli barang kemas dengan meneliti tiga utas rantai yang dikeluarkan oleh pemilik kedai, seorang lelaki berusia 57 tahun itu. Bagaimanapun tindakan lelaki itu menimbulkan keraguan pemilik kedai itu apabila mula mengeluarkan parang sehingga berlaku pergelutan.

Dalam pergelutan itu, pemilik kedai itu mengalami kecederaan pada bahagian kiri kepala dan dibawa ke Hospital Tuanku Fauzian (HTF) untuk menerima rawatan pesakit luar.

Perompak-perompak tidak bertopeng itu yang berumur bawah 30 tahun kemudiannya melarikan diri dengan dua buah motorsikal dengan membawa bersama seutas antai emas bernilai kira-kira RM2,000 yang sempat dirompak.

Katanya, premis itu tidak mempunyai kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) atau pengawal keselamatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain