suria

TIDAK RASMI SOI LEK MENANG TIMBALAN PRESIDEN MCA

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menunjukkan bekas Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah memenangi jawatan Timbalan Presiden MCA.

Jawatan Naib Presiden pula dipercayai dimenangi Datuk Dr. Ng Yen Yen, Datuk Kong Cho Ha dan Datuk Liow Tiong Lai.

Keputusan rasmi dijangka diumumkan dalam waktu terdekat.

Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan menewaskan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Datuk Seri Chua Soi Lek, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Lee Hack Teik.

Dalam persaingan merebut jawatan ini, Ka Chuan, abang kepada Presiden MCA sekarang Datuk Seri Ong Ka Ting, dilihat mempunyai kelebihan berbanding Chua yang melepaskan jawatan Kabinet akhir tahun lepas apabila video yang memaparkannya dalam satu aksi kontroversi dengan teman wanitanya tersebar dengan meluas.

Donald Lim merupakan penyandang jawatan Naib Presiden sekarang, dan Lee, seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri.

Jawatan Timbalan Presiden kosong apabila penyandangnya Tan Sri Chan Kong Choy membuat keputusan untuk tidak mempertahankannya.

BERITA TERDHAULU Keputusan pemilihan MCA bagi barisan kepimpinan peringkat kebangsaan dijangka diketahui selepas pukul 7 malam ini.

Proses pengundian jawatankuasa tertinggi MCA berakhir pada pukul 3 petang tadi.

Kini proses pengiraan undi sedang dijalankan dan dijangkan mengambil masa kira-kira empat jam.

Sebanyak 2,378 atau 99.08 peratus anggota perwakilan menghadiri Perhimpunan Agung MCA ke-55, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Wisma MCA di sini hari ini.

Pemilihan MCA hari memberi tumpuan kepada perebutan jawatan Presiden yang menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara Naib Presiden sekarang Datuk Ong Tee Keat, yang disifatkan sebagai calon pilihan, dan bekas Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng.

Perhimpunan Agung parti komponen Barisan Nasional (BN) itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemilihan kali ini menyaksikan persaingan sengit bagi semua jawatan Presiden, Timbalan Presiden, empat Naib Presiden dan 25 kerusi jawatankuasa pusat (CC).

Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan persaingan empat penjuru.

Mereka ialah Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan; Datuk Seri Chua Soi Lek, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Lee Hack Teik.

Dalam persaingan merebut jawatan ini, Ka Chuan, abang kepada Presiden MCA sekarang Datuk Seri Ong Ka Ting, kelihatan mempunyai kelebihan berbanding Dr. Chua, bekas Menteri Kesihatan, yang melepaskan jawatan Kabinet akhir tahun lepas apabila video yang memaparkannya dalam satu aksi kontroversi dengan teman wanitanya tersebar dengan meluas, Donald Lim, penyandang jawatan Naib Presiden sekarang, dan Lee, seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri.

Jawatan Timbalan Presiden kosong apabila penyandangnya Tan Sri Chan Kong Choy membuat keputusan untuk tidak mempertahankannya.

Lapan calon menawarkan diri untuk mengisi empat kerusi naib presiden, dengan penyandang sekarang Datuk Seri Fong Chan Onn, kelihatan mendahului persaingan.

Calon lain ialah ketua Wanita Datuk Dr Ng Yen Yen, Datuk Kong Cho Ha, Ketua MCA Bahagian Lumut, yang menduduki tempat teratas dalam senarai 25 anggota CC yang dipilih pada pemilihan lepas; Datuk Liow Tiong Lai, bekas ketua Pemuda dan kini Menteri Kesihatan; Datuk Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Ahli Perlimen Alor Star; Datuk Yap Pian Hon, bekas Naib Presiden MCA dan bekas Ahli Parlimen Serdang; Lim Teck Chong, Naib Pengerusi MCA Bahagian Kuala Langat; dan Tan Kok Heng dari Johor.

Bagi 25 kerusi CC, persaingan dijangka cukup sengit apabila disertai 63 calon.

Mereka ialah Loke Yuen Yow, Gan Tian Loo, Tang See Hong, Lam Chiek Tuan, Tan Teik Cheng, Loh Yoon Foo, Datuk Tee Siew Kiong, Lai Yit Fee, Yu Chok Tow, Goh Siow Huat, Chuah Boon Seng, Ho Cheng Wang, Tan Chin Meng, Tang Heap Seng, Yip Chee Keong, Kong Sing Chu, Gan Ping Siew, Hoh Khai Mun, Wong Siong Hwee, Dr Por Choo Chor.

Hou Kok Chung, Koe He Choon, Wee Jeck Seng, Heng Seai Kie, Lee Wei Kiat, Datuk Edward Khoo Keok Hai, Wong Koon Mun, Tan Cheng Liang, Datuk Chau Tet On, Yit Lee Kok, Wong Foon Meng, Wong Mook Leong, Teng Boon Soon, Ho Yoon Ping, Yeow Chai Thiam, Tan Chong Seng, Ong Chong Swen, Lee Chee Keong, Wong Nai Chee, Teh Kim Po.

Tan Ken Ten, Datuk Li Lian Ker, Datuk Tan Chai Ho, Koo Chin Nam, Chong Itt Chew, Liew Yuen Keong, Datuk Lim Choon Kin, Datuk Thong Fah Chong, Theng Book, Tan Seong Lim, Chai Kim Sen, Datuk Ei Kim Hock, Lee Chee Leong, Lee Kon Yin, Loh Seng Kok, Datuk Lee Sing Chooi, Tan Khai Beng, Chang Aik Meng, Ho You Weng, Yew Teong Look, Chin Yen Foo, Datuk Lee Chong Meng dan Ong Chen Huing.

Artikel Lain