USIA mencapai akil baligh berbeza bagi setiap kanak-kanak dan remaja, bergantung kepada perkembangan masing-masing.Di Thread, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisahnya yang mula mengalami perubahan fizikal seawal usia sembilan tahun. Menurut wanita itu, dia sedih kerana fizikalnya kelihatan lebih tua berbanding usia sebenar, malah berbeza dengan kebanyakan rakan sebaya.Misai yang tumbuh boleh menyebabkan wanita kurang keyakinan diri. -Gambar hiasan AI"Masa darjah tiga, payudara mula membesar. Darjah empat dah mula tumbuh bulu ketiak dan datang haid masa darjah enam. Kiranya akil baligh awal."Masa matrik umur 19, orang ingat kita ni madam. Muka dan badan nampak sangat berusia. Sedih sangat. Sekarang umur 27, orang dah panggil makcik."Masa habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), tumbuh bulu kaki sangat lebat. Misai jadi lebat, ramai tegur. Saya juga ada janggut, bulu dada dan bulu perut," kongsinya.Wanita imbas pengalamannya berdepan perubahan badan seawal usia sembilan tahun.Menurut wanita itu, dia datang haid ketika berusia 12 tahun.Dia sedih kerana dilihat lebih tua berbanding usia sebenarnya.Wanita itu juga memiliki misai dan janggut serta bulu pada perut.Ringkasan ini dijana oleh AIHantaran wanita itu menerima pelbagai komen daripada kaum Hawa yang turut bercerita mengenai pengalaman masing-masing.Namun, ada juga yang meminta wanita itu membuat pemeriksaan kesihatan bagi merungkai masalah sebenar yang dialaminya."Pernah buat pemeriksaan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) tak? Saya dulu pun macam tu. Lebih baik jumpa gynecology untuk pemeriksaan lanjut.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak selesa golongan ibu bawa anak lelaki masuk tandas perempuan... Bukan budak kecil, dah umur akil baligh!ARTIKEL BERKAITAN: Darah berderau! Ibu terkejut anak 7 tahun tumbuh bulu ketiak, ada payudara"Saya rasa tu normal. Saya pun haid darjah enam. Tapi lebih baik awak pergi jumpa doktor."Jangan risau. Nanti sampai satu masa, badan awak akan berhenti menua. Nikmatilah hidup dan terus sihat," tulis beberapa netizen.