Buku rekod kesihatan ibu mengandung atau buku pink sangat penting untuk memantau kesihatan ibu dan juga kandungannya. -Gambar hiasan AI
MEMBUKA 'buku pink' atau buku rekod kesihatan ibu hamil seawal trimester pertama merupakan prosedur biasa di negara ini bagi memantau keselamatan diri dan bayi.Namun, lain pula situasinya bagi seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang sanggup meletakkan nyawa sendiri dan bayinya dalam risiko apabila masih belum membuka buku rekod berkenaan walaupun usia kandungan sudah mencecah lapan bulan.Bukan tidak mahu berbuat demikian, sebaliknya remaja berkenaan mengaku bimbang jika tindakannya itu menyebabkan kekasih yang menghamilkannya ditangkap polis memandangkan dia masih di bawah umur.Tempoh kehamilan remaja terbabit sudah memasuki usia lapan bulan. -Gambar hiasan AIJelasnya menerusi perkongsian yang tular di Threads, lelaki terbabit juga sudah berjanji untuk bertanggungjawab terhadap bayi yang bakal dilahirkan dan kini dalam proses memohon kebenaran berkahwin di mahkamah. "Saya nak tanya, saya berumur 15 tahun dan sudah hamil nak masuk lapan bulan. Saya belum buat lagi buku pink sebab takut lelaki itu kena tahan polis. "Saya sudah memohon perkahwinan di mahkamah, tetapi sedang menunggu keputusan daripada pihak mahkamah. Alhamdulillah, lelaki itu mahu bertanggungjawab," tulisnya dalam hantaran berkenaan.Tambah remaja tersebut lagi, kebimbangan itu berikutan lelaki terbabit merupakan satu-satunya individu yang menyara kehidupannya buat masa ini. "Kalau buat buku pink sekarang, adakah lelaki itu akan ditahan polis? Berapa hari kena tahan dan kalau (hubungan) dilakukan secara rela, adakah pihak polis akan melepaskan lelaki tersebut? "Sebab dia sahaja yang menanggung saya sekarang ini," ujarnya memohon pandangan warga maya. ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 14 tahun hamil anak bapa tiri! Ibu terduduk doktor sahkan usia kandungan sudah 7 bulanARTIKEL BERKAITAN: Mak ‘histeria’ anak gadis 16 tahun baru balik kelas tuisyen mengaku hamil... Rupanya ada tragedi dengan lelaki dalam bas!Perkongsian tersebut nyata mengundang perhatian ramai di ruangan komen dengan rata-rata memberikan respons negatif kerana melambat-lambatkan pemeriksaan kesihatan.Bagaimanapun, terdapat segelintir daripadanya masih bersikap positif dan cuba memberikan kata-kata semangat serta memuji tindakan remaja itu kerana tidak mengambil jalan singkat dengan membuang bayi dalam kandungannya."Dia dah tanya tu jawab sajalah. Baguslah dia tidak buang budak (bayi) itu dan lelaki berkenaan pun mahu bertanggungjawab. Dia dengan merendah diri bertanya soalan untuk pengetahuannya, tetapi kamu semua sibuk menghukum dan membandingkan dengan diri masing-masing. "Itu bahagian kehidupannya... dia diuji sebegitu. Jadi siapalah kita mahu mempersoalkan kerja Tuhan? Cukuplah doakan yang terbaik untuk dia, semoga diampunkan dosa serta dipermudahkan urusan bersalin dan berumah tangga," tulis pengguna tersebut.Sementara itu, seorang lagi warga maya turut menasihati remaja berkenaan supaya mengutamakan keselamatan diri dan bayi di dalam kandungan terlebih dahulu berbanding memikirkan nasib teman lelakinya."Buat masa ini, adik jangan fikir pasal budak lelaki itu. Adik pergi buat buku pink dan lahirkan bayi tersebut kerana bayi dalam kandungan adik tidak bersalah."Abang cuma nak ucapkan tahniah dan bersyukur adik tidak mengambil keputusan untuk membuang bayi dan tetap mahu melahirkannya. Apa dosa adik sebelum ini, abang tidak akan kecam kerana semua orang pernah buat silap."Semoga adik menjadi insan yang lebih baik selepas ini dan dipermudahkan urusan bersalin," titip seorang lagi netizen.