suria

PS4 Teratas Dalam Senarai Jualan Permainan Konsol

PlayStation 4 Sony
PlayStation 4 Sony
PlayStation 4 Sony

SAN FRANCISCO: Jualan perkakasan permainan video Amerika Syarikat (AS) melonjak pada bulan Januari, apabila generasi baru konsol PlayStation 4 Sony mendahului pasaran, menurut angka yang dikeluarkan, Khamis.

Orang ramai membelanjakan sebanyak AS$241 juta untuk perkakasan permainan video yang sebahagian besarnya untuk permainan konsol pada Januari berbanding dengan AS$205 juta pada bulan yang sama tahun sebelumnya, mengikut pengesan industri, Kumpulan NPD.

Sony PS4 menguasai jualan perkakasan secara keseluruhan, diikuti oleh konsol generasi baru Xbox One oleh Microsoft, lapor NPD.

Jualan PS4 adalah hampir dua kali ganda daripada Xbox One dalam bulan ini, menurut Sony, memetik laporan NPD.

"Permintaan untuk PlayStation 4 amat kukuh," kata Naib Presiden Kanan Pemasaran Jenama Sony PlayStation Guy Longworth dalam satu kenyataan.

"Adalah jelas penggemar permainan video memilih PlayStation sebagai permainan terbaik."

Keahlian untuk perkhidmatan langganan PlayStation Plus bagi permainan, filem, dan hiburan digital yang lain telah meningkat hampir dua kali ganda sejak PS4 dilancarkan pada November, menurut Sony.

Sementara itu, jualan perisian permainan video jatuh kira-kira 40 peratus pada November kepada AS$224 juta, turun dari AS$373 pada Januari 2013.

Artikel Lain