suria

Britain Berdepan Ribut Salji

LONDON: Satu lagi ribut Atlantik dijangka akan melanda Britain pada Jumaat yang mana penduduk berdepan ancaman menerima hujan 'untuk tempoh sebulan' dalam musim sejuk paling basah dalam tempoh 250 tahun.

Pejabat Metereologi negara itu berkata 'beberapa serangan' angin, hujan dan salji akan melanda seluruh negara selepas ia melanda barat daya England awal Jumaat.

Hujan lebat berkemungkinan besar menyebabkan 1,000 lagi rumah dikosongkan, Agensi Alam Sekitar memberitahu Daily Telegraph, dengan kadar hujan 40 milimeter (1.6 inci) dijangka turun dalam masa enam jam.

Agensi itu memberi amaran ombak besar di pantai selatan England selepas air pasang bergabung dengan angin berkelajuan 80 batu sejam ( 128 kilometer sejam ).

Ribut itu melanda dua hari selepas taufan di negara itu mengakibatkan seorang terbunuh dan berpuluh-puluh ribu terputus bekalan kuasa.

Paras air Sungai Thames dijangka mencecah paras tertinggi selama 60 tahun pada hujung minggu ini.

Syarikat-syarikat tenaga pada Khamis bekerja untuk memulihkan bekalan kuasa kuasa untuk disalurkan kepada 56,000 orang yang masih tiada bekalan elektrik, setelah berjaya memulihkannya untuk kemudahan 400,000 yang lain yang mengalami gangguan semasa ribut pada Rabu.

Perdana Menteri, David Cameron berkata beliau akan mendapatkan bantuan kewangan dari Kesatuan Eropah untuk berdepan banjir, walaupun beliau telah berjanji untuk merundingkan semula hubungan London dengan Brussels dan menangguhkan referendum.

"Terdapat bantuan yang sedang kami dapatkan dari EU," katanya.

"Sebahagian wang itu akan disediakan untuk petani Britain."

Cameron berkata beliau juga memohon "kepakaran" dari negara-negara EU yang lain, termasuk " pakar-pakar dari Belanda berhubung pengepaman dan berurusan dengan pertahanan banjir."

Kerajaan beliau telah menghadapi kritikan kerana lambat untuk membantu orang ramai di kawasan-kawasan yang dilanda banjir.

Timbalan Perdana Menteri Nick Clegg kemudian mengumumkan dana 250,000 (AS$ 416,000, 304,000 €) untuk mereka yang terjejas akibat banjir.

Artikel Berikut

Artikel Lain