suria

Bapa Ditahan 'Kahwinkan' Anak Perempuan 12 Tahun

SYDNEY: Bapa kepada kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun ditahan di Australia kerana membenarkan anaknya itu berkahwin mengikut ajaran Islam kepada lelaki berusia 14 tahun lebih tua.

Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan atas dakwaan melibatkan anak perempuannya yang berusia di bawah umur 14 tahun dengan aktiviti seks.

Penahahan itu berikutan penangkapan seorang warga Pakistan yang merupakan 'suami' kepada kanak-kanak perempuan itu pada minggu lalu.

Lelaki itu turut mempunyai 25 rekod kesalahan jenayah seksual.

Bapa kanak-kanak yang merupakan warga Australia itu dilaporkan enggan membayar ikat jamin dan lelaki rakyat Lubnan itu turut masih berada dalam tahanan. AFP

Artikel Lain