suria

Militan Mesir Letupkan Talian Paip Gas

KAHERAH: Kumpulan yang disyaki puak militan meletupkan sebuah talian paip gas ke sebuah kawasan perindustrian di Sinai, Mesir pada Selasa.

Insiden itu menjadikan serangan keempat seumpama itu pada tahun ini, kata pegawai keselamatan.

Serangan di semenanjung Sinai bukan sahaja bertujuan untuk menentang anggota tentera dan polis, tetapi juga melibatkan talian paip gas.

Pegawai berkata, kumpulan militan meletakkan sebuah bom di bawah talian paip di bandar Al-Arish.

Beliau menambah, tiada kecederaan dilaporkan. - AFP

Artikel Sebelum

Wanita Hamil Selama 44 Tahun

Artikel Berikut

Artikel Lain