suria

Lee Kuan Yew Di Hospital, Pulih Dari Jangkitan

SINGAPURA: Bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew kini berada di hospital dan sedang pulih dari jangkitan.

Saluran televisyen tempatan Channel NewsAsia melaporkan satu kenyataan dari pejabatnya pada Selasa bahawa Lee, 90, berada di Hospital Besar Singapura sejak Ahad kerana demam dan batuk.

Beliau ketika ini diberikan antibiotik dan sedang sembuh, dan beliau dinasihatkan oleh doktornya supaya mengelak pertemuan dengan orang ramai.

Lee tidak akan menghadiri Jamuan Malam Tahun Baharu Tanjong Pagar GRC pada malam Selasa.

Kenyataan itu menerangkan Lee mengucapkan Selamat Tahun Baharu Lunar kepada penduduk Tanjong Pagar dan seluruh rakyat Singapura.

Artikel Berikut

Artikel Lain