suria

19 Daripada 127 Gunung Berapi Di Indonesia Aktif

Abu panas Gunung Berapi Sinabung tersebar di awan ketika gunung berapi itu mula meletus baru-baru ini.

JAKARTA: Sebanyak 19 daripada 127 gunung berapi di Indonesia kini berada dalam keadaan aktif untuk meletus menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).

Kompas.com melaporkan, gunung-gunung tersebut ialah Kelud, Raung, Ibu, Lewotobi Perempuan, Ijen, Gamkonora, Soputan, Sangeangapi, Papandayan, Dieng, Seulewah Agam, Gamalama, Bromo, Semeru, Talang, Anak Krakatau, Marapi, Dukono dan Kerinci.

Selain itu, Gunung Sinabung berada dalam situasi bahaya sejak 24 Novenber tahun lalu manakala tiga gunung lain seperti Karangetang, Lokon dan Rokatenda dilihat berada dalam keadaan bersedia untuk meletus.

"Bagi penduduk yang tinggal berdekatan dengan gunung-gunung yang bakal meletus diminta untuk bersedia berpindah kerana bimbang kawasan penempatan mereka terancam," kata Ketua Pusat Penerangan Data BNPB, Sutopo Purwo Nugroho.

Sutopo bagaimanapun mengingatkan penduduk supaya tidak begitu panik dan mengambil berat mengenai amaran yang dikeluarkan oleh BNPB setiap masa.

Artikel Lain