suria

Penunjuk Perasaan Thailand Diberi Kata Dua Sebelum Ditangkap

Penunjuk perasaan di Thailand diberikan kata dua supaya berundur daripada mengepung pejabat kerajaan atau ditangkap.

BANGKOK: Pemangku Menteri Buruh Thailand, Chalerm Yoobamrung memberi kata dua kepada penunjuk perasaan antikerajaan untuk menghentikan pengepungan pejabat-pejabat kerajaan dalam tempoh 24 jam atau ditahan kerana mengingkari arahan.

Yoobamrung yang juga Pengarah Ketua Pusat Pengekalan Keamanan dan Ketenteraman (CMPO), berkata pihaknya akan mengerahkan satu unit khas bermula Isnin untuk menangkap penunjuk perasaan yang melanggar perintah darurat dan menceroboh pejabat kerajaan.

"CMPO tidak akan meminta bantuan tentera untuk melancarkan operasi tersebut.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang menghalang bangunan kerajaan, tetapi bukan kepada penunjuk perasan lain," katanya sambil menegaskan keputusan tersebut bukan atas arahan Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra. - Agensi

Artikel Berikut

Artikel Lain