suria

Empat Lagi Diplomat Mesir Diculik Di Libya

TRIPOLI: Penculik melarikan seorang diplomat Mesir dan tiga kakitangan kedutaan di ibu negara Libya pada Ahad.

Penculikan empat diplomat itu berlaku sehari selepas seorang penasihat pentadbiran di Kedutaan Mesir dilarikan meskipun Libya mengumumkan kawalan keselamatan di ibu negara itu telah diperketatkan.

Rakyat asing dilaporkan menjadi sasaran penculik beberapa minggu lalu.

Antaranya, dua warga Itali dilarikan di timur Libya manakala seorang wakil perdagangan Korea Selatan dibebaskan pihak berkuasa Rabu lalu, tiga hari selepas dijadikan tebusan di Tripoli.

Perdana Menteri, Ali Zeidan sendiri pernah ditahan kumpulan militan Oktober tahun lalu.

Seorang pegawai keselamatan Libya tidak menolak kemungkinan insiden culik itu sebagai reaksi kepada penahanan seorang komander pemberontak pada hari yang sama Jumaat lalu.

Shaaban Hadeia, ketua Operasi Pusat Thuwar Libya ditahan di Alexandria, demikian menurut sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain