suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi 6.1 Magnitud Gegar Kepulauan Jawa

JAKARTA: Satu gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Ritcher menggegarkan kepulauan Jawa di Indonesia pada Sabtu, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS).

Kejadian itu menggegarkan sebahagian kediaman rosak teruk dan menyebabkan orang ramai panik dan berlari keluar ke jalan untuk menyelamatkan diri.

Beberapa bangunan rosak, termasuk 16 rumah runtuh di bandar Banyumas, kata jurucakap Agensi Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.

"Pihak berkuasa terus menjalankan pemeriksaan terhadap bangunan-bangunan lain bagi mengenal pasti kerosakan.

"Setakat ini, tiada kemalangan atau kematian dilaporkan," katanya. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain