suria

'Password' Bukan Lagi Kata Laluan Internet Paling Lemah

WASHINGTON: Angka yang mengikut turutan iaitu "123456" kini menggantikan "password" sebagai kata laluan yang paling lemah sering digunakan di kalangan pengguna Internet, kata syarikat keselamatan dalam talian.

Syarikat SplashData yang mendedahkan Senarai Kata Laluan Paling Lemah tahunan berkata, ia merupakan pertama kali bagi "password" terkeluar daripada kedudukan nombor satunya, apabila ia diambil alih oleh kata laluan bernombor.

Kata laluan ketiga paling lemah adalah "12345678" berada pada kedudukan tidak berubah sejak 2012 manakala "qwerty" dan "abc123" menduduki carta keempat dan kelima.

Kata laluan "iloveyou" pula naik dua tangga pada kedudukan kesembilan.

Seperti pakar kata laluan yang lain, SplashData menggalakkan pengguna Internet untuk memilih "passphrases" - perkataan, nombor dan tanda yang dipilih secara rawak.

Katanya, kata laluan seperti "smiles_like_skip? begitu mudah untuk diingati, tetapi lebih sukar dikesan untuk penipuan dalam talian. - AFP

Artikel Lain