suria

Tahun Baru Cina: Kesesakan Dijangka Di Woodlands, Tuas

SINGAPURA: Menjelang ketibaan Tahun Baharu Cina, aliran lalu lintas dijangka sesak menerusi pusat pemeriksaan darat di Woodlands dan Tuas.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) berkata jumlah lalu lintas di kedua-dua pintu masuk itu dijangka meningkat mulai Isnin (27 Jan) dan berterusan sepanjang tempoh perayaan sehingga Ahad (2 Feb).

ICA berkata pemandu yang menggunakan pusat pemeriksaan darat semasa tempoh ini mungkin mengalami kelewatan.

Lalu lintas yang berlepas dijangka sesak dari 28 hingga 30 Jan, tiga hari sebelum Tahun Baharu Cina.

Lalu lintas ketibaan pula dijangka sesak khususnya pada 1 dan 2 Feb, dua hari terakhir bagi tempoh cuti sempena perayaan itu.

Pemeriksaan keselamatan yang perlu dilakukan menjadikan kesesakan lalu lintas tidak dapat dielakkan, lebih-lebih lagi apabila sejumlah besar pemandu menggunakan pusat pemeriksaan itu serentak.

Bagi mengelak pertambahan jumlah pengembara dan kenderaan yang memohon kebenaran di pusat pemeriksaan darat, ICA menasihati pengembara supaya menyesuaikan pelan perjalanan mereka, jika boleh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain