suria

Sheikh Hasina Angkat Sumpah PM Bangladesh Penggal Ketiga

DHAKA: Sheikh Hasina pada Ahad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Bangladesh untuk penggal ketiga, selepas pilihan raya diboikot oleh pembangkang dan sedang berdepan krisis politik yang semakin teruk.

Presiden Bangladesh Abdul Hamid mengetuai majlis angkat sumpah di istana presiden di Dhaka yang disiarkan secara langsung di saluran televisyen.

"Saya, Sheikh Hasina, mengangkat sumpah ... bahawa saya akan melaksanakan tugas saya dengan setia sebagai Perdana Menteri kerajaan mengikut undang-undang," kata Hasina yang mendapat tepukan.

48 anggota kabinet Hasina juga mengangkat sumpah jawatan dalam majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 1,000 pegawai kerajaan dan tentera atasan, bersama-sama dengan diplomat asing dan ahli-ahli Parlimen yang baru dipilih.

Hasina menegaskan kemenangan mudah beliau dalam pilihan raya 5 Januari adalah sah, walaupun undi diboikot oleh pembangkang dan sekutu-sekutunya dalam keganasan pilihan raya dahsyat dalam sejarah negara.

Parti Liga Awami memenangi hampir 80 peratus daripada kerusi yang membolehkan beliau memerintah selama lima tahun lagi.

Artikel Lain