suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serang Firma AS, Mahkamah Saudi Jatuh Hukuman Mati Terhadap MIlitan Al-Qaeda

RIYADH: Mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman mati terhadap militan Al-Qaeda dan hukuman penjara kepada 10 yang lain berhubung serangan pada Mei 2004 yang mengorbankan enam warga dari Barat dan anggota polis, lapor media.

Defendan, yang tujuh daripada mereka adalah bersaudara disabitkan kesalahan membantu penyerang yang menyerang sebuah syarikat AS di bandar pelabuhan barat laut Yanbu, membunuh dua rakyat Amerika, dua rakyat Britain, Australia dan Kanada, serta rakyat Arab Saudi, menurut agensi berita SPA, Ahad.

Defendan yang dijatuhi hukuman mati didapati bersalah membuat bahan letupan yang digunakan dalam serangan itu dan menerima latihan daripada seorang anggota kumpulan itu yang terbunuh dalam serangan terbabit, lapor SPA.

Mereka yang lain dihukum antara 3 dan 12 tahun penjara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain