suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk Bandar Di Itali Letak Jawatan Dakwaan Skandal Rasuah

ROME: Datuk Bandar L' Aquila sebuah bandar di Itali yang sebahagiannya musnah dalam gempa bumi pada 2009 yang mengorbankan 309 orang, pada Sabtu meletakkan jawatan berikutan skandal rasuah yang melibatkan ahli pasukannya.

"Saya tidak memberikan kesahihan. Saya letih. Saya marah. Saya sangat menderita terhadap serangan media. Sebab itulah saya meletakkan jawatan," kata Massimo Cialente kepada pemberita.

"Saya faham bahawa saya tidak lagi berguna dalam bandar ini dan saya mungkin juga menjadi halangan," katanya.

Empat orang daripada pasukan pentadbirannya diletakkan di bawah tahanan pada Rabu untuk dakwaan rasuah berkaitan kontrak pembinaan semula berikutan gempa bumi di tengah bandar Itali.

Empat lagi telah diberitahu bahawa mereka sedang disiasat, termasuk Timbalan Datuk Bandar Roberto Riga dan seorang pegawai tempatan yang bertanggungjawab untuk pemasangan monumen rosak.

Polis berkata lapan orang yang berada di bawah siasatan menerima sejumlah 500,000 euro (AS$680,000) sogokan daripada firma-firma pembinaan.

L' Aquila dan kawasan sekitarnya di pergunungan Apennine musnah akibat gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter.

Artikel Lain