suria

Isteri Presiden Perancis Dimasukkan Ke Hospital

PARIS: Wanita pertama Perancis Valerie Trierweiler dimasukkan ke hospital di Paris ekoran pendedahan hubungan sulit antara Presiden Francois Hollande dan pelakon Perancis, menurut akhbar harian Perancis Le Parisien di laman webnya, Ahad.

Pada hari Jumaat, Hollande mengugut untuk menyaman majalah selebriti 'Closer' yang dianggap mengganggu privasinya selepas majalah itu mendakwa beliau mempunyai hubungan sulit dengan pelakon Julie Gayet.

Artikel Lain