suria

Penduduk Dunia Cecah 8.1 Bilion Pada 2025 - PBB

NEW YORK: Unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan penduduk dunia akan meningkat daripada 7.2 bilion ketika ini kepada 8.1 bilion pada 2025.

Penyumbang kepada pertumbuhan populasi dunia itu adalah negara sedang membangunan dengan sebahagiannya dari Afrika.

Menjelang 2050 pula, penduduk dunia akan mencecah kepada 9.6 bilion.

Menurut Laporan Prospek Populasi Dunia, penduduk India dijangka mengatasi China menjelang 2028 dengan kedua-dua negara akan mempunyai jumlah penduduk sekitar 1.45 bilion.

Ketika penduduk India akan berkembang sekitar 1.6 bilion sebelum menurun kepada 1.5 bilion pada 2100, China pula dilihat mula menurun selepas 2030, dan menjunam kepada 1.1 bilion pada 2100.

Artikel Lain