Sah: Laporan DNA Buktikan Bakal Raja United Kingdom Ada Darah India

Putera William. Foto AFP
Putera William. Foto AFP
Putera William. Foto AFP

LONDON: Ujian DNA mengesahkan yang bakal raja Britain, Putera William akan mencatat sejarah sebagai keturunan diraja yang pertama dari negara itu menaiki takhta sebagai seorang yang memiliki darah keturunan India.

Hasil ujian DNA itu membawa William kepada moyangnya yang ke-7 yang telah berkahwin dengan seorang wanita berketurunan separuh Inggeris dan separuh India bernama Eliza Kewark.

Belum pernah dalam sejarah seribu tahun keturunan dan susur galur keturunan diraja Britain memiliki darah seorang berketurunan India yang menaiki takhta sebagai raja.

Kini nampaknya William bakal memecah tradisi dan sejarah itu.

Walaupun catatan sejarah menunjukkan yang Eliza Kewark sering kali dirujuk sebagai seorang yang berketurunan Armenia, analisis DNA menunjukkan yang wanita itu adalah separuh India dan pernah bermastautin di India.

Kajian DNA yang dijalankan oleh beberapa saintis Scottish dari University of Edinburgh mendapati, keturunan Eliza membawa talian DNA yang unik yang dikenali sebagai 'mitochondrial DNA' yang hanya boleh diwariskan oleh seorang ibu kepada anaknya.

Dan kajian juga mendapati hanya mereka yang berasal dari sub-benua India sahaja yang memiliki keunikan tersebut.

Kajian sebelum ini ke atas 14 sampel lagi yang membawa keunikan talian DNA tersebut kesemuanya adalah dari benua India.

Oleh kerana genetik ini hanya dibawa oleh seorang ibu kepada anaknya maka ia akan terhenti kepada Putera William dan adiknya Putera Henry sahaja.

Ibu William, Puteri Diana tidak meninggalkan waris perempuan.

Akhbar The Daily Mail melaporkan, putera berusia 30 tahun itu kini dijadualkan untuk melawat India sepertimana yang pernah dilakukan oleh kedua-dua ibu-bapanya pada tahun 1992.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain