Iran Lanjutkan Masa Mengundi Dalam Pemilihan Presiden

TEHRAN: Tempoh mengundi selama 10 jam dalam pemilihan Presiden Iran pada Jumaat dilanjutkan kerana “terlalu ramai pengundi tergesa-gesa untuk mengundi”, kata Menteri Dalam Negeri Iran, Mostafa Moammad Najar.

“Kerana terlalu sesak dengan para pengundi, pengundian sudah tentu akan dilanjutkan,” katanya yang dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Fars, mengenai tempoh mengundi sepatutnya ditutup pada pukul 6 petang (waktu Iran).

Iran sedang mengadakan pemilihan bagi penganti kepada Presiden, Mahmoud Ahmadineiad, yang telah berkhidmat untuk dua penggal berturut-turut.

Pengundian sedang berjalan, menurut pemerhati pilihan raya Majlis Guardian yang menyifatkannya “tanpa sebarang masalah”.

Kementerian Dalam Negeri Iran tidak memberikan jumlah undi tetapi sebahagian stesen mengundi di ibu negara itu dipenuhi dengan para pengundi, menurut para wartawan AFP.

Stesen televisyen turut menyiarakan rakaman barisan beratur yang panjang di stesen mengundi di seluruh negara di mana lebih 50 juta orang layak untuk mengundi.

Seramai enam calon yang bersaing dalam pemilihan itu. - AFP

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain