suria

Seorang Wanita Maut, Tiga Dimasuk Ke Hospital Kerana Rawatan Kecantikan

HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong berkata, seorang wanita Hong Kong meningga dunia dan tiga yang lain sedang bertarung nyawa selepas menjalani rawatan kecantikan yang melibatkan pemindahan darah.

Pihak bekuasa Hospital Hong Kong berkata, wanita berusia 46 tahun itu kerana kejutan septik selepas menerima rawatan di klinik kecantikan.

Rawatan itu sedang diuji sebagai kaedah untuk melawan kanser tetapi dalam kes tersebut, ia telah digunakan untuk tujuan kosmetik.

Kes itu menimbulkan kebimbangan mengenai rawatan yang berpotensi berisiko apabila beberapa klinik di kebanyakan bandar menawarkan rawatan yang mendakwa dapat meningkatkan penampilan seseorang.

Setiausaha kesihatan bandar pada Khamis berjanji untuk mengkaji semula peraturan-peraturan yang mengadakan kawalan terhadap klinik dan kemudahan perubatan swasta lain. - AP

Artikel Lain