suria

Gunung Berapi Meletus Di Kepulauan Utara New Zealand

WELLINGTON: Gunung berapi meletus di Kepulauan Utara New Zealand pada Selasa sehingga mengakibatkan debu dibawa pada jarak beberapa kilometer, sekali gus memaksa penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Sementara itu, beberapa penerbangan domestik juga terpaksa dibatalkan.

Saintis berkata, mereka sudah mengenal pasti aktiviti seismik di bawah Gunung Tongariro untuk beberapa minggu.

Bagaimanapun, tiada amaran khas dikeluarkan sebelum ia meletus, malam Isnin.

Letusan selama 30 minit itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda di tengah-tengah penempatan wilayah Utara Pulau itu.

Artikel Lain