suria

Penerjun Berani Di New Mexico Buat Terjunan 29KM Dari Udara

SEORANG penerjun berani dari Austria membuat terjunan dari angkasa pada ketinggian lebih daripada 18 batu (29km) di atas Bumi pada Rabu, dengan kelajuan tertinggi 500 batu sejam (805km sejam) dalam satu latihan dalam percubaan membuat terjunan tertinggi di dunia.

Felix Baumgartner selamat mendarat di padang pasir berhampiran Roswell, New Mexico selepas melompat dari jarak kira-kira 96,940 kaki (29.547meter) memakai sut khas dilengkapi bekalan oksigen.

Ujian lompatan payung terjun itu merupakan yang kedua bagi Baumgartner, yang berusaha untuk melengkapkan terjunan untuk memecahkan rekod terjunan 120,000 kaki (36.576 meter) beberapa minggu akan datang.

Beliau juga berharap menjadi orang pertama memecahkan kelajuan bunyi pada 700 mph (1126 kph) dalam terjunan bebas.

"Hanya tinggal satu lagi langkah," Baumgartner berkata dalam satu kenyataan.

Rekod semasa untuk terjunan tertinggi adalah pada ketinggian 102,800 kaki (31,333 meter).

Ia telah dicatatkan 52 tahun lalu oleh Tentera Udara AS Kapten Joe Kittinger, yang berkhidmat sebagai penasihat kepada Baumgartner.

Bekas ahli tentera Austria berusia 43 tahun ini, telah terjun dari Menara Berkembar Petronas di Malaysia dan Taiwan Taipei 101, dua bangunan tertinggi di dunia.

Satu belon berisi helium mengangkat Baumgartner ke udara pada Rabu membawa beliau ke kapsul bertekanan.

Dia menyudahkan jatuhan bebas dalam masa 3 minit dan 48 saat, mencapai kelajuan 536m sejam (862km sejam), menurut Red Bull Stratos, satu projek yang menggunakan lompatan untuk mengumpul data penyelidikan perubatan dan saintifik.

Dalam lompat seterusnya, saiz belon yang akan membawa Baumgartner akan meningkat setinggi bangunan pencakar langit. - Reuters

Artikel Lain