suria

Angkasawan Wanita Pertama AS Meninggal Dunia Akibat Kanser Pankreas

Sally Ride
Sally Ride
Sally Ride

WASHINGTON: Sally Ride, angkasawan wanita pertama Amerika meninggal dunia pada Isnin selepas bergelut dengan kanser pankreas selama 17 bulan.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun.

Ride berlepas ke angkasa menaiki pesawat Challenger pada 1983 dengan menyertai sebahagian daripada tujuh misi program ruang angkasa Amerika Syarikat (AS).

Presiden AS, Barack Obama menggelar beliau sebagai hero kebangsaan dan menjadi contoh terbaik kepada generasi muda yang ingin menjelajah ke ruang angkasa lepas.

"Kehidupan Sally membuktikan kepada kita bahawa tiada halangan untuk mencapai apa yang diinginkan," kata Obama.

Pentadbir NASA, Charles Bolden berkata, Ride benar-benar mengubah corak program angkasa lepas AS dan kehilangannya amat dirasai.

Timbalan Pentadbir agensi tersebut, Lori Garver memberitahu, Ride merupakan contoh peribadi dan profesional kepadanya dan ribuan golongan wanita di seluruh dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain