suria

19,000 Terbunuh Di Syria – NGO

BEIRUT: Lebih 19,000 orang terbunuh dalam keganasan di Syria sejak pemberontakan anti-rejim pada tahun lepas, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria pada Ahad.

“Sekurang-kurangnya 19,106 orang, kebanyakan mereka adalah orang awam, terbunuh sejak Mac tahun lepas,” kata pemerhati Rami Abdel Rahman kepada AFP.

Mereka termasuk 13,296 orang awam, 4,861 rejim tentera dan 949 pembelot, kata beliau sambil mengatakan bilangan orang awam yang menjadi mangsa keganasan rejim akan meningkat. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain