suria

Tanah Runtuh: Seorang Maut, Lima Pekerja Lombong Dikhuatiri Hilang

HANOI, Vietnam: Satu kejadian tanah runtuh yang berlaku di lombong arang batu utara Vietnam telah meragut satu nyawa sementara lima pekerja yang lain dikhuatiri maut akibat tertimbus di bawah runtuhan tersebut.

Jurucakap Wilayah Thai, Dang Viet Thuan berkata ratusan anggota tentera dan polis telah dikerahkan untuk mencari dan menyelamat pekerja yang hilang dalam kejadian yang berlaku pada Ahad.

Beliau berkata mangsa yang hilang termasuk tiga beradik daripada sebuah keluarga. Sementara, abang sulung mereka cedera dalam kejadian tersebut.

Berita The Tuoi Tre melaporkan tujuh pekerja berjaya menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Sehingga kini pihak berkuasa sedang menyiasat punca berlakunya kejadian tanah runtuh berkenaan. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa Bumi Kuat Landa Chile

Artikel Lain