suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera Australia Keluar Lebih Awal Dari Afghanistan

SYDNEY: Perdana Menteri Australia berkata negaranya akan mula membawa pulang tenteranya di Afghanistan lebih awal daripada yang dirancang.

Perdana Menteri Julia Gillard pada Selasa berkata kebanyakan askar Australia di Afghanistan dijangka berada negara ini hampir satu tahun lebih awal daripada jadual yang dirancang.

Kemungkinan besar mereka akan kembali di Australia menjelang akhir tahun 2013.

Australia mempunyai 1,550 tentera di Afghanistan. Jumlah itu merupakan kuasa terbesar yang disediakan oleh mana-mana negara di luar NATO.

Objektif utama penghantaran askar-askar sebagai melatih pasukan Tentera Kebangsaan Afghanistan untuk memikul tanggungjawab keselamatan di wilayah Uruzgan.

Australia pada asalnya telah merancang untuk membawa pulang tenteranya pada akhir 2014.

Tetapi Gillard telah membayangkan mereka boleh keluar awal pada bulan November dengan menyatakan bahawa misi ketenteraan boleh diselesai sebelum itu.

Artikel Lain