suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Struktur Kedua Tertinggi Di Dunia Dibuka Untuk Tinjauan

Skytree yang terletak di Tokyo, Jepun merupakan struktur kedua tertinggi di dunia. - AP
Skytree yang terletak di Tokyo, Jepun merupakan struktur kedua tertinggi di dunia. - AP
Skytree yang terletak di Tokyo, Jepun merupakan struktur kedua tertinggi di dunia. - AP

TOKYO: Walaupun bangunan pencakar langit di Tokyo diselimuti jerubu, namun para wartawan diberikan peluang untuk melihat sendiri struktur siaran yang kukuh berdiri tertinggi di dunia iaitu Skytree sebelum ia dibuka kepada orang ramai pada bulan depan.

Menurut pemiliknya, Tobu Tower Skytree Co, Skytree setinggi 634 meter (2,080 kaki), merupakan struktur kedua tertinggi di dunia, selepas Burj Khalifa di Dubai dengan ketinggian 828 meter (2,717 kaki).

Lif untuk menaiki ke dek pemerhati lebih rendah mengambil masa kira-kira 50 saat pada ketinggian 350 meter (1,148 kaki) dan 30 saat lagi untuk ke dek yang lebih tinggi dengan ketinggian 450 meter (1,476 kaki).

Menara radio dan televisyen yang bentuknya seakan seperti jarum itu dibina dengan tiub keluli di sekitar ruang pusat konkrit menara itu, yang direka bagi mengimbangi antara satu sama lain bagi mengurangkan tekanan sekiranya berlaku gempa bumi. - AP

Artikel Lain