suria

Lukisan Picasso Yang Dicuri Ditemui Semula

BOGOTA: Sebuah lukisan pelukis Sepanyol terkenal, Pablo Picasso telah berjaya diselamatkan selepas ia dicuri daripada sebuah muzium di barat daya Colombia, kata pejabat pendakwaraya tempatan yang mengumumkan perkara itu pada Rabu.

Lukisan yang bernilai AS$65,000 (RM195,048.75) itu telah dicuri dari Muzium Casa Museo Negret and MIAMP di Popayan pada Oktober lepas.

Menurut satu kenyataan media daripada pegawai bandar raya, polis berjaya menemui lukisan itu apabila seorang lelaki cuba untuk menjualnya kepada sebuah syarikat komersial yang beprestij di Popayan.

Suspek berkenaan telah ditahan.

Pihak berkuasa di Popayan sebelum ini telah menawarkan ganjaran sejumlah AS$5,000 kepada orang ramai yang mempunyai maklumat bagi menemukan semula lukisan itu.

Lukisan itu disumbangkan kepada muzium itu pada 2004 oleh seorang pengukir warga Colombia, Edgar Negret yang dilahirkan di Popayan pada 1920. – AFP

Artikel Lain