suria

Maharaja Jepun Selamat Menjalani Pembedahan Jantung

Maharaja Jepun, Akihito (kanan) disambut oleh doktor-doktor di hadapan Hospital Universiti Tokyo bagi menjalankan pembedahan pintasan jantung. - AFP

TOKYO: Maharaja Jepun, Akihito berjaya menjalani pembedahan pintasan jantung selepas enam jam beliau memasuki bilik operasi pada Sabtu.

Akihito menjalani pembedahan itu seperti yang dijadualkan bagi membolehkan beliau menerajui kepimpinan dengan lebih sihat dan menjalani kehidupan lebih aktif.

Akihito memasuki bilik pembedahan pada pagi Sabtu seperti yang dijadualkan dan dijangka mengambil masa selama lima jam, kata agensi dalaman Istana Maharaja.

Pembedahan itu bertujuan untuk memperbaiki dua daripada tiga artieri kornari yang sempit menggunakan saluran darah dari bahagian lain di tubuhnya, dilakukan seperti mana rutin operasi jantung, kata istana.

Operasi berkenaan melibatkan satu pasukan dari Universiti Hospital Tokyo di mana menempatkan maharaja berusia 78 tahun itu bekerjasama bersama doktor-doktor dari Hospital Universiti Juntendo.

Akihito dijangka akan keluar dari hospital kira-kira dua atau tiga minggu sekiranya didapati tiada komplikasi, kata agensi itu lagi.

Beliau yang menjalani ujian pada minggu lepas mendapati keadaan jantungnya semakin parah berbanding setahun yang lalu.

Akihito yang pertama tidak memegang mana-mana kuasa politik tetapi begitu popular di kalangan orang Jepun sebagai simbol kepada negara itu.

Beliau sering dilihat bermain tenis, menikmati muzik dan bersiar-siar bersama isterinya, Michiko. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain