suria

Pengangguran Di Jerman Berjaya Dikurangkan Ke Kadar Paling Rendah Sejak 1991

FRANKFURT: Kadar pengangguran di Jerman telah berjaya dikurangkan ke tahap yang paling rendah sejak era penyatuan Jerman Barat dan Jerman Timur pada 1991.

Berdasarkan data yang diterbitkan oleh Bundesbank, kadar pengangguran telah mengurang sehingga 34,000 orang pada bulan ini menjadikan total keseluruhan mereka yang mendaftar sebagai penganggur hanya kepada 2.849 juta sahaja.

Ia adalah angka terendah sejak 1991.

Dalam sebuah negara bermusim seperti Jerman, kadar pengangguran biasanya akan meningkat pada musim sejuk kerana beberapa sektor seperti pembinaan tidak dapat berfungsi sepenuhnya kerana cuaca sejuk sementara para peruncit pula turut mengurangkan beribu pekerja sambilan yang diambil ketika perayaan Krismas.

Menteri Ekonomi Jerman, Philipp Roesler menyifatkan ini sebagai petanda baik kepada ekonomi negara itu.

Ketua Ekonomis di Bank Berenberg, Holger Schmieding berkata, perkembangan ini menunjukkan bagaimana perancangan yang teliti dan kemampuan untuk melakukan reformasi ekonomi secara perlahan-lahan telah berjaya membawa negara itu keluar dari belenggu kemelesetan.

Reformasi ini telah menukar Jerman daripada sebuah negara yang sedang tenat kepada sebuah negara yang mampu menawarkan iklim pelaburan dan pekerjaan baru.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain