suria

Afrika Selatan Tarik Balik 1.35 Juta Kondom

JOHANNESBURG: Pegawai kesihatan rasmi Afrika Selatan berkata, mereka telah menarik balik sebanyak 1.35 juta kondom yang diberikan pada sambutan seratus tahun parti Kongres Kebangsaan Afrika yang dikatakan poros.

Aktivis AIDS, Sello Mokhalipi membuat aduan selepas ramai yang datang ke pejabat Kempen Tindakan Rawatan beliau dan mengatakan bahawa kondom tersebut telah pecah.

Beliau berkata mereka menuang air ke dalam kondom dan mendapati ianya "bocor seperti sebuah pengayak."

Jurucakap Jabatan Kesihatan wilayah Mbalula Jabu pada Selasa berkata jabatannya menarik balik kondom untuk menjalankan ujian saintifik.

Dia bagaimanapun tidak tahu berapa ramai yang telah memulangkannya sejak dua minggu lalu. Berpuluh-puluh ribu orang menghadiri sambutan.

Afrika Selatan mempunyai bilangan mangsa AIDS tertinggi di dunia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain