4 Aktivis Pembangkang Bangladesh Maut Ditembak - Dunia | mStar

4 Aktivis Pembangkang Bangladesh Maut Ditembak

DHAKA: Empat aktivis pembangkang terbunuh dan hampir 200 lagi cedera apabila beberapa anggota polis melepaskan tembakan pada perhimpunan Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) di tenggara Dhaka, Ahad.

Menurut Timbalan Ketua Polis Chandpur, Amir Zafar, kejadian itu berlaku di pekan Chandpur dan Laksmipur selepas BNP mengadakan satu tunjuk perasaan bagi menuntut kerajaan pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan berhubung pertikaian mengenai pembaharuan pilihan raya.

“Penunjuk perasaan itu membaling batu ke arah polis dan polis melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Chandpur, Zakir Ahmed berkata, pertempuran itu meletus selepas kira-kira 7,000 penunjuk perasaan BNP cuba berkumpul di sebuah padang sekolah tanpa mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.

“Kami mula-mula melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka tetapi mereka bertindak ganas,” kata Zakir dengan menambah kata, sekurang-kurangnya 100 orang termasuk 30 anggota polis cedera.

Di Laksmipur, seorang dilaporkan mati apabila pasukan polis melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah lebih 4,000 penunjuk perasaan selepas mereka sukar dikawal dan menyerang pasukan polis dengan senjata, jelas Ketua Polis tempatan, Golam Sarwar.

“Dua orang cedera parah dalam pertempuran itu dan seorang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital serta seorang lagi berada dalam keadaan kritikal dikejarkan ke sebuah klinik di Dhaka,” ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain